Friday, April 13, 2012

Rambut







Saya berambut panjang, seperti gambar - gambar di atas. Ia diambil 3 bulan lepas ketika saya di bercuti di Bandung. Sejak mula bekerja tahun lepas, ini adalah percutian luar negara pertama yang saya bayar sendiri. 

Sejak dewasa ini, paling pendek saya pernah potong rambut saya adalah paras bahu.
Gambar pada November 2010.



Mungkin kerana faktor genetik (saya ada campuran darah orang- orang berbulu lebat/ berambut tebal), rambut saya memanjang dengan kadar yang amat cepat. Rambut saya banyak dan tebal dan gugur juga banyak dan kerap. Saya selalu ingat saya ada leukemia kerana setiap hari lantai dipenuhi rambut. Kalau syampu, saya rasa kepala saya ringan 10kg, sebab banyak sangat rambut gugur. Haha.

Walaubagaimanapun/ hatta (lama dah tak guna perkataan- perkataan ini), ini rambut saya beberapa minggu lepas. Banyak, kan?

Ini entri paling tak ada motif tahun ini.

Sebenarnya saya nak potong rambut pendek.


Macam Diana Rikasari ni.

Okay ke tidak okay ke tidak okay ke tidak


Updated :

Lupa nak kongsi. Saya minum Cocoa Collagen sebab dia sedap, dan kononnya boleh membaiki struktur kulit kerana kandungan collagennya. Saya minum sudah berbulan- bulan, kulit tiada perubahan. Tetapi rambut dan bulu saya menumbuh dengan banyak dan lebat dan cepatnya.


Untuk orang yang tak berapa banyak rambut, atau ingin melebatkan rambut mereka, silalah minum ini. Saya bukan agen, cuma mahu berkongsi.

No comments:

Post a Comment